Wednesday, July 16, 2008

RODA SEJARAH

RODA SEJARAH

Atas paksi melenium baru
seisi jagat termangu keliru
di dunia tanpa sempadan
tentunya dalam pelbagai bahasa
pantas warta tersebar
memutar roda sejarah.

Permainan siapakah ini?
Sedikit jua tidak rasa jengkel
kunyah daging saudara sendiri.

Aduh
betapa jahil insan terkini
kononnya tinggi tamadun
menggenggam segulung ijazah
produk PPT tersohor luar negeri.



ABDUL HALIM YAACOB
Pingiran A Setar, 160708.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home