Thursday, December 18, 2008

UUM WJAR WUJUDKAN PENGAJIAN PELBAGAI BAHASA.

Ketika mendengar seorang personaliti bernama Puspa berbicara di Klasik Nasional tiba-tiba saya teringat Beijing Foreign Studies University (BFSU) yang mengajar pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.
Terlintas juga di benak saya, alangkah bagusnya jika Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok juga mengwujudkan bidang pengajian seumpama itu.
Lebih 10 tahun dulu saya pernah menyambut dan melayan tetamu dari sana (BFSU) bersama Allahyarham Noorjaya yang ketika itu adalah Ketua Satu ASASI dan Dato Abdul Halim "R" (Bendahari) di Restoran Jelapang.
Menariknya salah seorang daripadanya sangat berbangga dengan bahasa ibundanya dari suku Hebei. Tidak pula saya tahu sama ada dia mahir berbahasa asing dan saya juga tidak terlintas untuk bertanyakan hal itu.
Dia mendeklamasikan beberapa buah sajak dalam bahasa ibundanya Ialu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh jurubahasa yang turut serta.
Lantas terlintas di benak saya kenapa orang Melayu tidak bangga dengan bahasa ibunda; Bahasa Melayu. Mengapa orang Melayu sendiri jijik dengannya?
Orang Melayu terutama kalangan pemimpin Melayu tak ada siapapun sayang dengan Bahasa Melayu.
Oleh itu saya berpendapat slogan TAK MELAYU HILANG DI DUNIA sudah tidak relevan lagi.
Maaf dan salam.

1 Comments:

At December 18, 2008 at 9:52 AM , Blogger Unknown said...

Saya secara tak sengaja melayari blog sdr ini yg diperolehi melalui Siasah. Saya sedih membaca pengalaman perit sdr dlm blog Bangkit Semula. Diharap sdr tabah mengahadapi ranjau kehidupan ini.

Berbanding sdr yg telah agak lama di alam siber, saya pula baru membina blog ini dalam seminggu ini. Ada 2 blog saya : blog pertama (TerLeRai KaTa TeRungKap BiCaRa) mengenai isu semasa dan blog kedua (PaBiLa HaTi MeRonTa MeNguCap KaTa) yang lebih merupakan catatan peribadi. Jika ada masa, jemputlah ke blog saya yg tidak sepertinya itu.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home