Sunday, January 31, 2010

AKUSEKADAR BERHATI-HATI

AKU SEKADAR BERHATI-HATI

Aku sekadar berhati-hati
setiap langkah menanti duri berbisa
bakal menikam daging hingga ke tulang
lalu mangsa terpaksa cari penawar
agar tidak merebak ke seluruh tubuh.

Masih kuintai ruang mengatur langkah
pun mesti teliti agar terhindar dosa silam
sekadar meneruskan kesinambungan warisan
yang ada kalanya di mana-mana jua
dicemari muslihat pelbagai di mata kasar
tidak kelihatan. Terselindung dalam kemanisan
ungkapan yang dilaung-laungkan
ada ketika ngeri dipenuhi sangkamara.

Aku sekadar berhati-hati
agar tidak karam dalam kemabukan
menelan ungkapan lunak berulang-ulang.

ABDUL HALIM YAACOB (010210)
Pinggiran Taman Purnama, A Setar.
http://www.esastera.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home