Sunday, July 27, 2008

MENCEKIK

MENCEKIK

Buang najis tengah jalan
adakah sesiapa mahu mengaku?
Benang andai basah
nyata mahu terus ditegakkan
pelbagai helah diungkap
meski realiti haluan menyimpang .

Sesudah lima dekad di zon selesa
ruang memampat kantung tampak lebar
peduli apa derita jelata di pelusuk desa?

Lancar bergema ungkapan
“Tukar gaya hidup”
“Berbelanja apabila perlu”
“Boikot jika harga barang tinggi”
senang amat penyuara retorik
lidah bercabang tidak bertulang .

Kehidupan kini amat mencekik.

ABDUL HALIM YAACOB
Pinggiran A Setar (270708)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home