Monday, September 15, 2008

MENEBAK NILAI MANUSIAWI

MENEBAK NILAI MANUSIAWI

Akibat tuntutan material melampau
kukira budaya alaf ini ganas membadai
menyengat nilai manusiawi insan
lalu menimbau hijab sengsara akar umbi
berselindung di sebalik ungkapan manis
‘Tradisi Membela Rakyat’.

Setelah gelincir dari landasan murni
kita sewajarnya kembali menimbus kemelut
di gengaman mereka nilai manusiawi
hampir punah dimamah zaman
gagal teliti jejak-jejak derita silam.

Di Ramadhan ini semoga detik muhasabah
menjengah lalu menebak ketirisan nilai manusiawi
agar arus harmoni mengalir di kali hayat
terima hakikat tersurat sejak azali bahawa
tiada insan selain para anbia terhindar khilaf.

ABDUL HALIM YAACOB
Pinggiran Alor Setar (150908)
http://wira15.wordpress.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home