Thursday, February 12, 2009

BERBANYAK MAAF BAPA

BERBANYAK MAAF BAPA

Berbanyak terima kasih bapa
kerana memperkenalkan kami
jalan lurus luhur dan mesti tahan uji
mengajar kami makna kedaulatan
kaedah memelihara kecintaan
sekali gus mengisi lompang terdedah.

Berbanyak maaf bapa
setelah lima dekad berlalu. Di alaf baru
kami bingung menggariskan tumpuan
generasi mendatang meniti laluan
perjalanan masa kini sedang terbabas
landasan kabur. Bersimpangsiur halatuju.

Benar laungan lantang bapa: MALAYA PASTI MERDEKA
dua tahun kemudian jadi realiti. Kita riang bersorak
malang amat majoriti proletar gelincir. Terpinggir
di bumi sendiri derita. Harga barangan menanjak
dedahan telus media dikata menafikan realiti.

Bersediakah bapa memaafkan keterlanjuran kami?
Apakah kami generasi kini dan mendatang pendosa?


ABDUL HALIM YAACOB (090209)
Pinggiran Alor Setar

http://www.esastera.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home