Sunday, March 28, 2010

igaumimpi


IGAUMIMPI

Dia lantas terkedu setelah bingkas
sesudah selimut kusam dicampak
tilam perbaringan ditinggal
dalam terpisat-pisat menggamit ingatan
tentang igaumimpi panjang
berkaitan hasrat terbantut
dirungkai semula punca bermula
hanya mencari agenda tersembunyi
mengesan di mana silap pertarungan silam
agar kebocoran maruah kembali mahu ditampung
mungkinkah berupaya? Awas risikan musuh merajalela.

ABDUL HALIM YAACOB (09022010)
Pinggiran Taman Purnama 2,
http://www.esastera.com