Wednesday, February 25, 2009

KUSUT

KUSUT

Menafi penawar tiap penyakit
barangkali satu dosa
sekalipun cuma sekuman
begitu situasi sedang berlangsung
kusut yang sedang dirungkai
kian erat membelit.


ABDUL HALIM YAACOB (2402209)
Pinggiran Alor Setar

KUSUT

KUSUT

Menafi penawar tiap penyakit
barangkali satu dosa
sekalipun cuma sekuman
begitu situasi sedang berlangsung
kusut yang sedang dirungkai
kian erat membelit.


ABDUL HALIM YAACOB (2402209)
Pinggiran Alor Setar

Sunday, February 22, 2009

NAJIS KOMERSIAL

NAJIS KOMERSIAL

Masih aku mahu mengungkap bicara
berpatah mundur. Oh samasekali tidak
perjuangan ini bukan gurau senda.

Benar tiada sesiapa mahu dengar rintihan
gurisan kalbu anak bangsa kian parah kini
pusaka temurun yang diwarisi. Khabarnya
juga dituturi lebih 300 juta umat sejagat
dipersenda. Bakal jadi bahan sejarah.

Di lisan elitis Melayu jijik amat
pernah lantang suara tangan hunus keris
sanggup tegak ke titisan akhir darah.

Menggerunkan. Khalayak senyum
terbahak-bahak ketawa lihat aksi bacul
si ayam jantan. Kokok berderai
najis busuk bergelumang di ekor
jadi rebutan pengikut. Mahal
ada nilai komersial. Kononnya.

http://www.esastera.com


Tuesday, February 17, 2009

CITRA SEGARA

CITRA SEGARA

Keagungan anugerah Ilahi
luas terbentang segara
sisik-sisik riak permukaannya
hening indah kiluan saujana
ada ketika gelora mengganas
dasar gelita tersembunyi misteri
hidupan mengharung perutnya
sekian lama menghulur rezeki
rebutan makhluk di daratan
sebilangan insan berjiwa haiwan
diperhamba serakah nafsu tamak
tanpa peduli alam kian tercemar.

ABDUL HALIM YAACOB (16.02.09)
Pinggiran Alor Setar.

http://www.esastera.com

Saturday, February 14, 2009

HANYA KERANA BEZA IDEOLOGI

HANYA KERANA BEZA IDEOLOGI

Sama seketurunan hanya kerana berbeza ideologi
kita bercakaran lalu tidak bertegur sapa
batasan politik putuskan tali silatul rahim
keliru corak rona. Kabur tanggapan
ke persimpangan generasi terbabas
gejala sosial! Siapa ramai terjebak?

Percanggahan pendapat perkara biasa
ke akar umbi merebak racun permusuhan
tercemar keharmonian. Amat mendukacitakan
sengketa berlanjutan mewarnai generasi
siapa pemilik mutlak kerugian?

ABDUL HALIM YAACOB (020209)
Pinggiran Alor Setar

http://www.esastera.com

Thursday, February 12, 2009

BERBANYAK MAAF BAPA

BERBANYAK MAAF BAPA

Berbanyak terima kasih bapa
kerana memperkenalkan kami
jalan lurus luhur dan mesti tahan uji
mengajar kami makna kedaulatan
kaedah memelihara kecintaan
sekali gus mengisi lompang terdedah.

Berbanyak maaf bapa
setelah lima dekad berlalu. Di alaf baru
kami bingung menggariskan tumpuan
generasi mendatang meniti laluan
perjalanan masa kini sedang terbabas
landasan kabur. Bersimpangsiur halatuju.

Benar laungan lantang bapa: MALAYA PASTI MERDEKA
dua tahun kemudian jadi realiti. Kita riang bersorak
malang amat majoriti proletar gelincir. Terpinggir
di bumi sendiri derita. Harga barangan menanjak
dedahan telus media dikata menafikan realiti.

Bersediakah bapa memaafkan keterlanjuran kami?
Apakah kami generasi kini dan mendatang pendosa?


ABDUL HALIM YAACOB (090209)
Pinggiran Alor Setar

http://www.esastera.com

Monday, February 9, 2009

SEJARAH BERULANG LAGI

Sejarah berulang lagi
mengajak direnung catatan fakta
yang pastinya amat nyata.

Sarawak sekitar dekad 1960-an
citara keingkaran Dato’ Stephen Kalong Ningkan
jawatan Ketua Menteri masih disandang
sidang Dewan Negeri segera berlangsung
usul undi tidak percaya dibentang.

Pun demikian pada insiden 1970-an
Dato’ Harun Idris juga serupa
mengambilkira dasar perlembagaan
Dewan Undangan Negeri bersidang
matlamat mengosongkan kerusi.

Berbeza pula DUN Kelantan 1978
undi tidak percaya tumpaskan Dato’ Muhammad Nasir
tetapi dia kekal bertakhta di kerusi Menteri Besar
anehnya tiada pula ungkapan derhaka
tiada kutukan bertele-tele di media
situasi sedemikian menyubur rasa hairan!

Kini ungkapan derhaka dilaung lantang
tapi catatan sejarah seperti dilupai
bahawa permulaannya sudah lama
konon agar serasi tuntutan zaman
perinci dan teliti siapa pencetus angkara.

Iktibar sejarah usah tidak diselami
1946 British bawa gagasan Malayan Union
kedaulatan Raja-Raja Melayu terancam
saranan seumpama pindaan perlembagaan
KETEPIKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU
tidak jadi laungan provokasi diuar-uar.


ABDUL HALIM YAACOB (060209)
Pinggiran Alor Setar
http://www.sastera.com

Sunday, February 8, 2009

DI MANIS WAJAHNYA

DI MANIS WAJAHNYA

Di manis wajahnya
masih menguntum senyum
ceria tanpa bayangan resah
jiwa tenang meniti kemelut
mantap mendepani gelora.

Di manis wajahnya
sekalian marhaen senangi
selama bertakhta di kerusi kuasa
membasuh segala kekotoran
setelah dipalit pelbagai rona.

Di manis wajahnya
terselindung duka jelata
yang dicemari budaya dusta
demi segunung dominasi kuasa
material jadi sogokan mutakhir.

Suasana tiba-tiba keruh
angkara kekacauan meletus
serata pelosok terpinga-pinga
bertalu-bertalu melontar soalan
siapa pencetusnya?

ABDUL HALIM YAACOB (050209)
Pinggiran Alor Setar
http://www.esastera.com

Wednesday, February 4, 2009

KEPEDULIAN KITA

KEPEDULIAN KITA

Coretan di kertas kumal
adalah ungkapan bahasa warisan
kian dipinggir oleh pewarisnya.

Betapa durjana elitis Melayu
jijik menutur bahasa sendiri
pada hal di tapak bangsa dia berdiri
sebelumnya bertarung nyawa
berjuang menegak pepanji.

Kepedulian kita kian tergugat
di sebalik hijab terkunci
konon langkah terhad
di kongkong rasa rendah diri
dalam jagat nusantara
laungan kita tiada ke mana.

ABDUL HALIM YAACOB (030209)
Pinggiran Alor Setar
http://www.esastera.com

Sunday, February 1, 2009

GELOMBANG GLOBALISASI

GELOMBANG GLOBASISASI

Ganas terjahan gelombang globalisasi
menganjur setiap kita waspada
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
bukan itu anjuran terkini atau alaf lampau
kisah nyata Yusuf a.s. telah berlangsung berabad
lewat risalah baginda Rasulullah s.a.w
diwahyukan. Langsung dicatat dalam Al-Quran
agar pati iktibarnya dimanfaatkan.

Sayugia usah dilupa kedurjanaan kapitalis
meranapkan keutuhan gemilang moyang kita
yang tersihir dengan ungkapan bermadu
konon agar minda maju berdaya saing
tanpa sedar dagang lalu kita tanakkan
sedang jiran dan diri sendiri kebuluran
menyusukan kera di hutan, anak mati di ribaan
kita masih alpa dengan limpah kekayaan.

ABDUL HALIM YAACOB (300109)
Pinggiran Alor Setar
http://www.sastera.com

PERUT

PERUT

Samasekali rupanya tidak menarik
kecuali warga sukan bina badan
keras berusaha membentuk ulas-ulas otot
semata-mata agar kredit markah meningkat
lalu merangkul hadiah sekali gus galas gelar.

Tersorok di dalamnya fungsi penting
mencerna makanan membentuk dagingdarah
tapi kerana dangkal maklumat juga gambaran
tiada rona cetera terungkap di kanvas sejarah
ada ketika dicemuh julukan kantung gendut.

Wanita bila hamil ketara amat fizikalnya
sembilan bulan sepuluh hari ke mana pergi
janin dalam rahim tiap ketika diawas rapi
dan setibanya masa lahir cahaya mata
dipupuk nilai murni santak dewasa.

Sepurnama Ramadan saban musim
diperintah puasa – memberi ruang istirahat
mematuhi perintah mensyukuri nikmat
anugerah Ilahi tidak terhitung jumlah
ada yang ketegar sekalipun jasad bugar.

ABDUL HALIM YAACOB(010108)
Pinggiran Alor Setar
http://www.esastera.com